Monday, 13 October 2014

Konsep Perniagaan "Amigo Shop"


Kami telah menganalisis isu yang sering dikaitkan dengan pelajar UUM untuk membangunkan idea perniagaan kami. Pada amnya, Pelajar UUM suka membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah pada waktu malam. Ramai pelajar suka membuat ulang kaji pada waktu malam kerana tiada ganguan seperti bunyi bising dan keletihan. Pelajar yang membuat tugasan pada waktu malam akan senang mengalami kelaparan berbanding pelajar yang belajar pada waktu petang. Apabila mereka mencari makanan untuk makan, mereka terpaksa memasak sendiri didalam bilik seperti masak mee segere atau membuat teh. Ini akan mengambil masa yang panjang. kadang-kadang mereka juga terpaksa menahan kelaparan kerana tiada makanan. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum semua kafe dan kedai makanan dewan penginapan pelajar di UUM akan ditutup selepas pukul 11.00 malam.

Antara masalah yang ditimbul dari isu tersebut adalah pelajar terpaksa menahan kelaparan pada waktu malam. Kelaparan ini menyebabkan mereka menangguhkan tugasan tanpa menyiapkan dan mengantuk. Jika mereka ingin menyimpan makanan yang beli pada waktu petang untuk dimakan pada tengah malam kadang-kadang ia  akan basi dan dan kesejukkan. Pelajar yang tinggal di tingkat 3 dan keatas kadang-kadang malas turun kafe untuk membeli makanan. Mereka memerlukan makanan ringan yang boleh menambahkan tenaga untuk menyiapkan tugasannya pada waktu malam. Mereka lebih suka jika makanan itu sampai ke pintu bilik mereka. Mereka memerlukan memerlukan makanan yang boleh “menemani” mereka pada waktu malam.


Amigo shop’ menganalisis masalah dan mengambil peluang ini untuk mengembangkan perniagaan baru di UUM. Amigo Shop adalah sebuah perniagaan perkongsian yang baru dengan jumlah pekongsi seramai 9 orang.  kami menjual makanan ringan yang boleh menarik minat pelanggan seperti agar-agar dan aneka jenis kek  yang terdiri daripada pelbagai perisa seperti badam, coklat, krim putih dan buah-buahan. Resipi ini adalah resipi yang unik dan berbeza daripada orang lain. Inti yang telah diletakkan diatas kek dan agar-agar telah dipilih oleh pelanggan. kami akan menyesuaikan produk kami dengan keperluan dan minat pelanggan. Kami akan menyediakan servis penghantaran dari bilik ke bilik kepada pelajar yang membuat pesanan kepada kami. Produk makanan kami akan menemani pelajar pada waktu malam. Ia akan memberi tenaga kepada pelajar terus berjuang sehingga menyiapkan tugasannya. Suatu kajian di Amerika telah membuktikan coklat meningkat daya keingatan palajar dan menghilangan rasa mengantuk semasa palajar. Produk kami membantu pelajar untuk menghilangkan rasa tidur dan memberi semangat kepada mereka. Harga bagi setiap makanan ringan adalah murah dan boleh dibeli oleh pelajar. Kami tidak akan mengenakan caj penghantaran. kami akan menyediakan produk yang diyakini halal berlandaskan motto “bersih dan diyakini”.

Visi “Amigo Shop” adalah menjadi teman sejati pelajar pada waktu malam. Makanan ringan kami seperti aneka jenis kek dan agar-agar akan membantu menemani pelajar yang menyiapkan tugasan pada waktu malam. Ia juga menyelamatkan mereka daripada kelaparan.

.  Misi “Amigo Shop” adalah menarik minat pelanggan melalui pengahantaran bilik ke bilik. Kami akan menentukan ejen di setiap dewan penginapan pelajar  untuk mengagihkan produk kami supaya cepat sampai kepada tangan pelanggan. Misi kedua adalah memuaskan pelanggan pelanggan dengan pilihan mereka sendiri. Kami akan menyediakan kek dan agar-agar dengan mengunakan inti yang dipilih oleh pelanggan. Produk kami adalah produk yang menyesuaikan dengan minat pelanggan. Antara menu makanan ringan yang terdapat di “Amigo shop” adalah “Thousand taste”, “Jelly crash”, “Chocolate marilo”, dan “ Delightful missisipi dan sebagainya.


Pengusaha Jepang vs Aqua

Rencana ini membincangkan tentang usahawan yang berusaha untuk mengembangkan produk mereka.
Pada mulanya, perniagaan Aqua dikenali sebagai “Puritas”, dan kemudian ditukar nama kepada “Aqua” kerana sukar untuk disebut. Pengarah Aqua telah menghantar rakan-rakan ke Pangkor untuk belajar tentang cara membuat produk mereka kerana pada masa itu Jepun tidak mempunyai kemudahan tersebut. Setelah menyiapkan produk itu, mereka mengalami masalah untuk menyampaikan produk kepada pelanggan. Jualannya tidak mantap. Selepas tiga tahun, semua ahli lembaga membuat mesyuarat dan mengambil keputusan untuk meningkatkan harga sebanyak 30%. Langkah itu telah membuahkan hasil kepada mereka. Maka, pekerja - pekerja yang sudah bersara, dan juga pesaing kepada Aqua juga telah mengucapkan tahniah kepada perniagaan Aqua untuk menyambut ulang tahun yang ke 40.
Video kejayaan pengusaha Jepun pula menjelaskan proses pembangunan produk yang baru kepada pasaran, iaitu “Pocari Sweat”. Idea ini dihasilkan daripada seorang penyelidik di organisasi itu yang pergi ke Mexico. Di sana mempunyai masalah air bersih. Maka, dia dan penolongnya membuat banyak kajian untuk menghasilkan air berkhasiat ini supaya ia merasa enak apabila diminum pada cuaca panas. Hal ini kerana  seseorang individu yang  berada dibawah  panas akan kehilangan air dalam badan. Maka, air ini akan memberi tenaga. Pada tahap awal, produk ini mendapat sambutan yang teruk daripada pelanggan.

Strategi perniagaan
Kedua-dua perniagaan ini menggunakan dua strategi perniagaan yang berbeza. Perniagaan Aqua meningkatkan harga produk mereka untuk menarik tumpuan pelanggan. Pelanggan menganggap produk tersebut laris apabila harga meningakat. Pada masa yang sama, ia juga memberi pulangan yang lebih kepada perniagaan kerana walaupun jumlah yang dijual adalah kecil tetapi harganya tinggi.
Strategi kedua adalah mengedarkan produk dalam kuantiti yang besar di merata-rata tempat supaya mendapat sambutan yang baik. Pihak  pemasaran dalam organisasi menjual produk mereka secara langsung kepada pelanggan beberapa tempat seperti gim, padang, pusat sukan, dan sebagainya. Walaubagaimanapun,ia tidak memberi kesan yang besar malah merugikan perniagaan tersebut. Tetapi, apabila tibanya, musim panas, permintaan untuk air itu meningkat secara drastik dan jualan juga meningkat sama dengan untung perniagaan itu.
Kesimpulan

            Secara kesimpulannya, dua strategi perniagaan adalah berbeza walaupun dua produk adalah jenis yang sama iaitu minuman. Produk Aqua adalah produk yang memang ada dalam pasaran manakala, minuman Pocari Sweat adalah produk yang memang baru kepada pasaran. Maka, kedua-dua perniagaan harus menggunakan strategi yang sesuai untuk menjual dan memasarkan produk mereka.

Aqua 40 Tahun Dokumenter

Kisah Sukses Pengusaha Jepang : Pocari Sweat [Full Movie]

Friday, 3 October 2014

Cara membangunkan Budaya Keusahawanan!!!


Kerajan Malaysia menubuhkan beberapa agensi untuk memberi bantuan dalam bidang latihan, pendidikan, kewangan bimbingan dan khidmat nasihat serta ruang niaga untuk melahirkan lebih ramai usahawan.


Cara membangunkan Budaya Keusahawanan

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)

1 MEDEC ditubuhkan untuk mengelolakan rancangan penyelidikan, pendidikan, dan penyelenggaraan khidmat perundingan keusahawanan

2. Pusat ini mengendalikan program latihan untuk membantu usahawan seperti program :

                a) Latihan dan kemajuan usahawan

                b) Pembangunan Perniagaan



Majlis Amanah Rakyat (MARA)


1.                  MARA ditubuhkan bertujuan membantu bumiputera dalam kegiatan perniagaan dan perindustrian.
2.                  memberi latihan dan khidmat nasihat tentang keusahawanan serta bantuan kewangan melalui Skim Pinjaman MARA



Institut Piwaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad)


1.                  SIRIM memastikan barang keluaran tempatan mencapai tahap mutu yang ditetapkan.
2.                  Barang yang menepati piawaian akan diperakui dengan cap SIRIM
3.                Menyampaikan maklumat tentang penyelididkan, hasil keluaran, perubahan teknologi, pemprosesan sesuatu barang dan pasaran
4.                  Menilai sesuatu keluaran baru sebelum keluaran tersebut dipasarkan



Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)


1.        PKEN ditubuhkan untuk membangunkan ekonomi negeri dengan mengusahakan syarikat     perbadanan berkenaan secara usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan atau luar               negara
2.       Membeli saham syarikat-syarikat tertentu sebagai pelaburan
3.       Menyediakan ruang niaga di lokasi yang sesuai

UDA Holdings Berhad (UHB)


1.  UDA menyedia dan melaksanakan projek dibandar bagi pembangunan, penempatan, perdagangan dan perindustrian.
2.     Menyediakan infrastruktur seperti tempat letak kereta, taman rekreasi dan ruang niaga.



Institut Penyelididkan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)


1.   MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap pengeluaran tanaman (kecuali getah dan kelapa sawit)
2.  Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap penyediaan dan pembungkusan hasil keluaran ladang serta makanan.



Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)


1.      MPOB ditubuhkan untuk mengembangkan industri sawit negara.
2.    Menjalankan kajian dan penyelidikan untuk meningkat kualiti minyak kelapa sawit melalui kaedah teknologi moden



Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

1.               MIDA ditubuhkan untuk memaju dan menyelaraskan kegiatan pembangunan perindustrian di Malaysia.

2.               Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dan usahawan tentang pembangunan perindustrian.

3.               Mengurus permohonan lesen,dan pelepasan cukai import.


Pembudayaan keusahawanan

Aspek Pembudayaan Keusahawanan


Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masakini atau akan datang.

Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-

a)      Mengawal hala tuju masing-masing

Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah  kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.

b)      Memaksimumkan potensi diri

Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.

c)      Mendapat keuntungan

Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripadakeuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentuk dividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yangdiberikan kepada mareka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinanmasyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat bersediauntuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.

d)     Berorientasikan perancangan

Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan mestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masa yang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaanya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidak pastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.

e)      Menggunakan masa secara strategik

Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan.Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.

Budaya Keusahawanan

Definisi dan Konsep Budaya Keusahawanan


Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu atau pun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu ke arah yang dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuandan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individudalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan.

Secara keseluruhannya, budaya keusahawanan adalah:

a) (Ahmad Berek 1979) menjelaskan bahawa seseorang usahawan akan sentiasa berasa tidak puas hati dengan kejayaannya.


    Dia akan sentiasa memperbaiki mutu kerjanya dari segi kuantiti untuk mengatasi kebolehan dan keupayaan orang lain.

-          Ketidakpuasan ini akan mendorongnya untuk berusaha dengan lebih giat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang ditetapkan sama ada oleh dirinya atau orang lain.


b)  Seseorang usahawan mesti juga mampu mempengaruhi keadaan, persekitaran termasuk individu / institusi yang mempunyai kepentingan dalam perniagaannya.


 c) Seseorang usahawan harus berupaya menyakinkan orang lain tentang idea barunya ataupun mempengaruhi rakan kongsi / institusi kewangan untuk menyumbangkan modal atau pinjaman bagi menjayakan rancangan barunya.


d)   Usahawan juga perlu memikirkan strategi-strategi yang sesuai bagi mempengaruhi dan mengubah citarasa pelanggan terhadap barangan yang dikeluarkan.



e) Usahawan juga perlu meransang pekerja supaya mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja yang diberikan.

USAHAWAN SOSIAL

USAHAWAN SOSIAL February 6, 2007

Posted by sinchan in Belia
trackback

Isu pengganguran masih lagi dibincangkan di sana sini. Penggangguran bukan sahaja lagi terbatas dikalangan mereka yang kurang pendidikan tetapi kini sudah menjalar dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Namun begitu 15 peratus daripada tenaga kerja di negara ini adalah terdiri daripada warga asing. Salah satu strategi kerajaan untuk menangani masalah pengangguran adalah dengan menggalakan tenaga muda negara menjadi usahawan. Ini bermakna mereka perlu mengubah mentaliti bahawa hanya dengan menjadi pekerja dan makan gaji sahaja mereka boleh menyara hidup mereka.   Generasi muda di negara ini digalakan untuk menjadi usahawan. Apabila perkataan usahawan diucapkan seringkali pula kita akan membayanagkan satu perniagaan yang besar, berjaya dan usahawan itu adalah orang orang yang kaya. Tanggapan sedemikian tidak boleh dinafikan kerana istilah usahawan seringkali dikaitkan dengan perniagaan. Dengan sifat manusia moden yang materialistik maka tidak hairanlah ramai orang yang ingin jadi usahawan,  tetapi berapa pula yang berjaya.
 Pernahkah kita mendengar istilah usahawan dikaitkan dengan isu-isu sosial. Sekarang ini telah wujud istilah usahawan sosial. Usahawan sosial adalah individu yang mempunyai penyelesaian inovatif atau innovative solution kepada masalah sosial yang yang sedang dihadapi oleh masyaratnya.
 Seorang usahawan adalah individu yang  merangsangkan kemajuan ekonomi dengan mencari cara baru atau cara yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu.    Seperti juga usahawan yang mengubah sesuatu perniagaan melalui kemahiran berniaganya, usahawan sosial bertindak sebagai agen perubahan kepada masyarakatnya.
Seseorang usahawan sosial akan mengambil apa juga peluang dan  kesempatan yang terbuka, yang mana tidak disedari oleh orang lain, untuk memperbaiki sistem masyarakat, mengilhamkan pendekatan baru dan juga memikirkan cara penyelesaian yang baru untuk memperbaiki lagi masyarakat disekelilingnya. Jika seorang usahawan perniagaan berjaya membuka satu perniagaana baru, seorang usahawan sosial akan memikirkan satu penyelesaian baru kepada sesuatu masalah sosial dan melaksanakannya bagi memperbaiki lagi keadaan masyarakatnya.
Usahawan sosial mempunyai misi sosial. Kekayaan atau keuntungan bukan misi usahawan sosial. Disebaliknya usahawan sosial akan lebih mementingkan pencapaian dan impak misi sosialnya. Seorang usahawan sosial harus menyampaikan ideanya secara mesra, mudah difahami, beretika dan mendapat sokongan ramai untuk membolehkannya mengerakkan sebanyak mungkin orang ramai menerima dan melaksanakan ideanya. Dalam kata lain, seorang usahawan sosial mestilah berupaya menyakin dan mengembelingkan seramai mungkin tenaga agen perubahan tempatan untuk sama-sama melaksana dan mencapai matlamat menangani isu-isu sosial dalam sesebuah masyarakat. 
Diantara usahawan sosial yang terkenal adalah Mary Montessori dari Itali yang telah mengilhamkan pendekatan Montessori dalam pendidikan kanak-kanak pra sekolah. Di India pula terdapat uVinoba Bhave yang telah berjaya membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah dengan mengagihkan hampir tujuh juta ekar tanah.  Beliau adalah pelopor Land Gift Movement. 
Dalam usaha pembangunan belia di Malaysia, kita dapati banyak pendekatan perlu diolah semula untuk menjadikannya lebih inovatif, menarik dan pragmatik kepada situasi sekarang dan juga citra diri generasi muda dalam era globalisasi sekarang ini. Ada ketikanya kita sering kali mengulangi apa yang telah kita lakukan sejak bertahun-tahun tanpa banyak mempersoalkan keberkesanan pendekatan pembangunan belia yang kita laksanakan. Kita akui bahawa tidak semua pemimpin sosial dengan sendirinya boleh menjadi usahawan sosial.
Usahawan sosial perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang bersifat pragmatik dan inovatif.  Sudah sampai masanya dalam usaha kita menangani pelbagai masalah generasi muda kita bagi menggalakkan kelahiran usahawan sosial untuk memberikan nafas baru dalam pendekatan pembangunan belia. Pendekatan pembangunan belia melalui keusahawanan sosial akan lebih mantap kerana ia akan dibimbing dan dilaksanakan oleh usahawan sosial yang seharusnya mempunyai ciri berikut:
·        memilih misi untuk mewujud dan mengekalkan nilai sosial
·        mengiktiraf dan sentiasa mencari peluang baru untuk mencapai misinya
·        berterusan terlibat dalam proses inovasi, adopsi dan pembelajaran
·        melaksanakan secara berani tanpa had dengan sumber yang terhad dan sedia ada
·        menunjukkan kebertanggungjawaban yang tinggi kepada mereka yang mendapat khidmatnya dan juga kepada pencapaian misinya. Perlaksanaan program pembangunan belia memerlukan ciri-ciri input usahawan sosial.
Program tersebut memerlukan pendekatan yang inovatif yang mana kita perlu mencari pendekatan seterusnya membangunkan model pembelajaran yang baru.  Jika tidak pun, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang benar-benar baru. Yang perlu kita dapat menyesuaikan pendekataan dan misi kita dengan situasi baru agar ia menjadi relevan pada situasi masa kini.
 Memanglah dalam setiap usaha baru akan ada unsur kegagalan.  Kebanyakan daripada kita akan mengulangi yang lama dan takut berubah kerana kita takut pada kegagalan. Usahawan sosial seperti usahawan lain tidak takut gagal, mereka akan terus mencuba kerana kegagalan pada usahawan bukanlah satu tragedi tetapi adalah satu usaha pembelajaran.
 Usahawan sosial menilai prestasinya berdasarkan kemajuan yang dicapai dari aspek sosial dan pengurusannya tidak semata-mata kepada proses dan sains sesuatu program yang dilaksanakan. Bersediakah kita untuk menjadi usahawan sosial?. Anda sendiri bakal menentukannya.
Prof Dr Samsudin A Rahim