Kerajan Malaysia menubuhkan beberapa
agensi untuk memberi bantuan dalam bidang latihan, pendidikan, kewangan
bimbingan dan khidmat nasihat serta ruang niaga untuk melahirkan lebih ramai
usahawan.
Cara membangunkan Budaya Keusahawanan
Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia
(MEDEC)
1 MEDEC ditubuhkan untuk mengelolakan
rancangan penyelidikan, pendidikan, dan penyelenggaraan khidmat perundingan
keusahawanan
2. Pusat ini mengendalikan program
latihan untuk membantu usahawan seperti program :
a)
Latihan dan kemajuan usahawan
b)
Pembangunan Perniagaan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
1.
MARA ditubuhkan bertujuan membantu bumiputera dalam kegiatan perniagaan
dan perindustrian.
2.
memberi latihan dan khidmat nasihat tentang keusahawanan serta bantuan
kewangan melalui Skim Pinjaman MARA
Institut Piwaian dan Penyelidikan
Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad)
1.
SIRIM memastikan
barang keluaran tempatan mencapai tahap mutu yang ditetapkan.
2.
Barang yang menepati piawaian akan diperakui dengan cap SIRIM
3. Menyampaikan maklumat tentang penyelididkan, hasil keluaran, perubahan teknologi,
pemprosesan sesuatu barang dan pasaran
4.
Menilai sesuatu keluaran baru sebelum keluaran tersebut dipasarkan
Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
1. PKEN ditubuhkan untuk membangunkan ekonomi negeri dengan mengusahakan
syarikat perbadanan berkenaan secara usahasama dengan syarikat-syarikat
tempatan atau luar negara
2. Membeli saham syarikat-syarikat tertentu sebagai pelaburan
3. Menyediakan ruang niaga di lokasi yang sesuai
UDA Holdings Berhad (UHB)
1. UDA menyedia dan melaksanakan projek dibandar bagi pembangunan,
penempatan, perdagangan dan perindustrian.
2. Menyediakan
infrastruktur seperti tempat letak kereta, taman rekreasi dan ruang niaga.
Institut Penyelididkan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)
1. MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap pengeluaran tanaman
(kecuali getah dan kelapa sawit)
2. Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap penyediaan dan pembungkusan
hasil keluaran ladang serta makanan.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
1. MPOB ditubuhkan
untuk mengembangkan industri sawit negara.
2. Menjalankan
kajian dan penyelidikan untuk meningkat kualiti minyak kelapa sawit melalui
kaedah teknologi moden
Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA)
1. MIDA
ditubuhkan untuk memaju dan menyelaraskan kegiatan pembangunan perindustrian di
Malaysia.
2. Memberi
khidmat nasihat kepada kerajaan dan usahawan tentang pembangunan perindustrian.
3. Mengurus
permohonan lesen,dan pelepasan cukai import.
No comments:
Post a Comment