Rencana ini membincangkan tentang usahawan yang berusaha untuk mengembangkan
produk mereka.
Pada mulanya, perniagaan Aqua dikenali sebagai “Puritas”,
dan kemudian ditukar nama kepada “Aqua” kerana sukar untuk disebut. Pengarah
Aqua telah menghantar rakan-rakan ke Pangkor untuk belajar tentang cara membuat
produk mereka kerana pada masa itu Jepun tidak mempunyai kemudahan tersebut.
Setelah menyiapkan produk itu, mereka mengalami masalah untuk menyampaikan
produk kepada pelanggan. Jualannya tidak mantap. Selepas tiga tahun, semua ahli
lembaga membuat mesyuarat dan mengambil keputusan untuk meningkatkan harga
sebanyak 30%. Langkah itu telah membuahkan hasil kepada mereka. Maka, pekerja -
pekerja yang sudah bersara, dan juga pesaing kepada Aqua juga telah mengucapkan
tahniah kepada perniagaan Aqua untuk menyambut ulang tahun yang ke 40.
Video kejayaan pengusaha Jepun pula menjelaskan proses
pembangunan produk yang baru kepada pasaran, iaitu “Pocari Sweat”. Idea ini
dihasilkan daripada seorang penyelidik di organisasi itu yang pergi ke Mexico.
Di sana mempunyai masalah air bersih. Maka, dia dan penolongnya membuat banyak
kajian untuk menghasilkan air berkhasiat ini supaya ia merasa enak apabila
diminum pada cuaca panas. Hal ini kerana seseorang individu yang berada dibawah panas akan kehilangan air dalam badan. Maka,
air ini akan memberi tenaga. Pada tahap awal, produk ini mendapat sambutan yang
teruk daripada pelanggan.
Strategi perniagaan
Kedua-dua perniagaan ini menggunakan dua strategi
perniagaan yang berbeza. Perniagaan Aqua meningkatkan harga produk mereka untuk
menarik tumpuan pelanggan. Pelanggan menganggap produk tersebut laris apabila
harga meningakat. Pada masa yang sama, ia juga memberi pulangan yang lebih
kepada perniagaan kerana walaupun jumlah yang dijual adalah kecil tetapi
harganya tinggi.
Strategi kedua adalah mengedarkan produk dalam kuantiti
yang besar di merata-rata tempat supaya mendapat sambutan yang baik. Pihak pemasaran dalam organisasi menjual produk
mereka secara langsung kepada pelanggan beberapa tempat seperti gim, padang,
pusat sukan, dan sebagainya. Walaubagaimanapun,ia tidak memberi kesan yang besar
malah merugikan perniagaan tersebut. Tetapi, apabila tibanya, musim panas,
permintaan untuk air itu meningkat secara drastik dan jualan juga meningkat
sama dengan untung perniagaan itu.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, dua strategi
perniagaan adalah berbeza walaupun dua produk adalah jenis yang sama iaitu
minuman. Produk Aqua adalah produk yang memang ada dalam pasaran manakala,
minuman Pocari Sweat adalah produk yang memang baru kepada pasaran. Maka, kedua-dua
perniagaan harus menggunakan strategi yang sesuai untuk menjual dan memasarkan
produk mereka.
No comments:
Post a Comment