Aspek Pembudayaan Keusahawanan
Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses
pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan
kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan
daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri
sendiri dan masyarakat pada masakini atau akan datang.
Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan
budaya keusahawanan adalah:-
a) Mengawal hala tuju
masing-masing
Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan,
perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman
atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana
dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus
berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan
menyusun strategi untuk terus
memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang
mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling
sesuai bagi memajukan perniagaannya.
b) Memaksimumkan potensi
diri
Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari
ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri
bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka
perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan
melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara
holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk
berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu
tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan
menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh
menguntungkan.
c) Mendapat keuntungan
Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi
objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana
dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu
mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam
pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana
mereka tahu sebahagian daripadakeuntungan yang diperolehi akan dipulangkan
kepada mereka sama ada dalam bentuk dividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu
membayar pinjaman dan kredit yangdiberikan kepada mareka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinanmasyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana
mereka yakin syarikat bersediauntuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi
pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.
d) Berorientasikan
perancangan
Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan
dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang
telah ditetapkan. Usahawan mestilah sentiasa memfokuskan kepada masa
hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang
berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau
mengambil masa yang lama untuk merebut peluang. Usahawan
bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu
melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang
diluar kemahiran yang dimiliki. Langkah
berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan
dan perniagaanya dengan baik dan sistematik. Perancangan
yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana
ketidak pastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.
e) Menggunakan masa
secara strategik
Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang
usahawan.Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan
memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh
meningkatkan perkembangan syarikat.
No comments:
Post a Comment