Tuesday, 30 September 2014

USAHAWAN TERKAYA DI MALAYSIA SERTA ASIA TENGGARA!!!

TAN SRI ROBERT KUOK HOCK NIEN





Tan Sri Robert Kuok merupakan lelaki terkaya di Malaysia serta Asia Tenggara sejak 2002. Beliau juga digelar raja gula. Anggaran pendapatannya dianggarkan RM46.1 billion sebulan meningkat dari tahun sebelumnya iaitu RM45.7 billion pada tahun 2012. Beliau bukan sahaja orang terkaya di Malaysia tetapi juga di iktiraf orang terkaya di asia tenggara.

Antara perniagaan yang dijalankan ialah pelbagai perniagaan milik persendirian yang dipegang oleh beliau dan ahli keluarga.  Selain dari pelbagai perniagaan di Malaysia, syarikat-syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di seluruh Asia. Pelbagai kepentingan perniagaan beliau dari ladang tebu (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak, perlombongan, kewangan, hotel, hartanah, perdagangan, pengangkutan dan penerbitan. Sumber terbesar kekayaan adalah kepentingan dalam Wilmar International, syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia. Beliau adalah seorang pelajar dari Raffles Institution sekolah.

Latar belakang Tan Sri Robert Kuok


Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat.
Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor.

Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda.


Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines(MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi.

Pada 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan 'wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, disamping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri'.
Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post. Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la. Dari Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola.

Ketika orang lain teragak-agak, Kuok memberanikan diri melabur di Negara bergolak seperti Indonesia pada tahun 1960an dan Filipina pada 1980an. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit sejak empat dekat lalu. Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang dikatakan 'Rangkaian Bamboo'.

Perkembangan Perniagaan Tan Sri Robert


Tan Sri Robert Kuok, orang Malaysia yang terkaya, selalu di rujuk sebagai Sugar King(Raja Gula) tetapi beliau tidak menyukai gelaran ini dan dan menganggapnya tidak tepat.Sebaliknya beliau yang memiliki empire perniagaan, termasuk rangkaian Hotel Shangrila, lebih menyukai gelaran Raja Hotel.‘Saya suka hotel tetapi gelaran jolokan ‘Raja’ untuk saya, itu tidak tepat.’ beliau berkata ketika di interviu oleh CCTV.Diantara topik yang dibincangkan termasuklah kegiatan beliau dalam industri pelancongan, pengeluaran gula dan juga tentang ibu beliau.Kuok menyatakan sewaktu mulai mencebur diri kedalam industri pelancongan di negara China, kemudahan pelancongan di sana, terutama tandas, berada dalam keadaan serba kekurangan. Oleh itu ia tidak mampu menarik para pelancong asing.“Tetapi saya mengagakkan ketika itu negara China akan menjadi destinasi pelancongan yang hebat kerana memiliki barangan dan tempat tempat bersejarah yang banyak”. kata Kuok yang yang membina Hotel Shangrila yang pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan.
Hari ini terdapat 72 buah hotel Shangrila diseluruh dunia, termasuk 34 buah di negara China. Kini terdapat 45 buah lagi sedang dibina, termasuk 28 buah di negara China.Kuok berkata perhotelan, sebagai sebuah industri perkhidmatan bergantung kepada pekerjanya daripada pengurusan teratas hinggalah kepada pekerja terendah untuk memberi khidmat pelanggan. Oleh itu sejak memasuki industri ini, beliau sentiasa perihatin kepada keperluan pekerja.“Tanggungjawab Lembaga Pengarah yang terbesar ialah kepada pekerjanya”, kata beliau.Ketika disoal sama ada beliau tidak setia kepada sesuatu industri kerana beroperasi dalam pelbagai industri seperti gula, perhotelan dan media, beliau menjawab tidak, kerana industri industri ini adalah saling berkaitan.Sambil mengingati tahun tahun awal dalam alam perniagaan, Kuok berkata ibu beliau Tang Kak Ji dan saudara saudara beliau telah menubuhkan syarikat Kuok Brothers Ltd sejurus selepas kematian bapa beliau pada tahun 1948.
Dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah, beliau mencadang melaburkan semua wang syarikat kedalam projek penapisan gula(sugar refinery). Ini kerana, selain tepung gandum, gula pasir juga amat penting dalan sektor makanan.“Pasaran Gula tidak seperti petrokimia dengan permintaan yang tidak menentu. Pada masa itu industri teknologi maklumat belum lagi bermula. Oleh itu sektor yang paling mudah untuk meraih keuntungan ialah sektor refining(penpisan) gula”, kata beliau.Beliau juga berkata bagi mewujudkan empire perniagaan yang berjaya ia memerlukan kerja keras 90%, dan selebihnya ialah intelek(kebijaksanaan).

Tentang kejayaannya dalam industri penapisan gula, beliau berkata ini kerana beliau masih muda diwaktu itu dan boleh berbahasa Inggeris.Beliau berkata, para peniaga yang beliau jumpai di London dan New York kagum atas kebolehan beliau, sebagai seorang berketurunan Cina, boleh berbahasa Inggeris dengan baik.Beliau berkata perlu pergi ke lima hingga enam buah pejabat setiap hari sebelum makan malam dengan pegawai pegawai syarikat untuk meninjau pendapat mereka sebelum melapor melalui telegram ke Singapura. Beliau tidur kira kira jam 1 malam Saya rasa ramai orang lebih pintar daripada saya. Tetapi kegiatan mereka dimalam hari lebih teruk. Keesokan harinya mereka tertidur dalam pejabat. Saya tidak terlena, jadi lebih mudah meneruskan kerja.Beliau berkata mereka yang ingin mencebur diri kedalam perniagaan perlu bersikap berani, jika tidak mereka tidak akan maju.“Setiap perniagaan ada risikonya, jadi jika anda takut buat sesuatu perniagaan, elok tinggalkan sahaja. Ini tiada masalah kerana pasti ada peluang yang lebih baik untuk anda. Tetapi, jika anda langsung tiada sikap berani, anda akan kekal miskin”, kata beliau.Kuok, yang telah dinobatkan sebagai orang Malaysia yang terkaya sejak tahun 2006 apabila ranking Forbe Asia diwujudkan, berkata beliau tidak suka pada wang.


Bagaimanapun, beliau berharap syarikat syarikat beliau akan terus membuat keuntungan semoga pekerja pekerja dapat terus menikmati bonus.“Bonus pekerja untuk tahun ini adalah pada paras yang cukup baik”, beliau menambah.Kuok yang fasih berbahasa Mandarin berkata ini kerana beliau seringkali diingatkan oleh ibunya supaya jangan melupai asal usul mereka.Dia mengakui ibu beliau sebagai orang yang paling banyak mempengaruhinya. Ibu beliau selalu menasihati supaya bersifat merendah diri dan membantu yang miskin, dan berharap beliau akan menjadi peniaga yang beretika baik.

Kuok ingat suatu peristiwa dahulu apabila beliau membeli sebuah kereta Mercedes sebagai hadiah harijadi ibunya yang sudah berumur melewati lapan puluhan.Sebaik sahaja ibunya nampak kereta itu, beliau terkejut dan bertanya mengapa membeli kereta Mercedes apabila sebuah kereta Jepun sudah cukup untuk beliau. Beliau lantas mengembalikan kereta itu atas permintaan ibunya.Kuok berkata ibu beliau mengenalpasti potensi beliau sebagai peniaga dan yakin yang beliau akan berjaya suatu hari nanti. Tetapi ibu beliau bimbang yang beliau akan menjadi seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab, jadi beliau banyak memberi nasihat yang berguna serta menghindar sifat tamak.Sudah tentu ibu Kuok begitu gembira sekali diatas kejayaannya sekiranya beliau masih lagi hidup. Pasti beliau akan terus menasihat Kuok supaya terus bersifat merendah diri dan menolong orang miskin.“Kasih sayang saya kepada ibu adalah untuk selama lamanya” kata beliau.

Usahawan sosial


ARTIKEL TENTANG USAHAWAN SOSIAL

 


Usahawan sosial adalah individu yang mempunyai penyelesaian inovatif atau innovative solution kepada masalah sosial yang yang sedang dihadapi oleh masyaratnya.
Seorang usahawan adalah individu yang  merangsangkan kemajuan ekonomi dengan mencari cara baru atau cara yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu.    Seperti juga usahawan yang mengubah sesuatu perniagaan melalui kemahiran berniaganya, usahawan sosial bertindak sebagai agen perubahan kepada masyarakatnya.

Seseorang usahawan sosial akan mengambil apa juga peluang dan  kesempatan yang terbuka, yang mana tidak disedari oleh orang lain, untuk memperbaiki sistem masyarakat, mengilhamkan pendekatan baru dan juga memikirkan cara penyelesaian yang baru untuk memperbaiki lagi masyarakat disekelilingnya. Jika seorang usahawan perniagaan berjaya membuka satu perniagaana baru, seorang usahawan sosial akan memikirkan satu penyelesaian baru kepada sesuatu masalah sosial dan melaksanakannya bagi memperbaiki lagi keadaan masyarakatnya.

Usahawan sosial mempunyai misi sosial. Kekayaan atau keuntungan bukan misi usahawan sosial. Disebaliknya usahawan sosial akan lebih mementingkan pencapaian dan impak misi sosialnya. Seorang usahawan sosial harus menyampaikan ideanya secara mesra, mudah difahami, beretika dan mendapat sokongan ramai untuk membolehkannya mengerakkan sebanyak mungkin orang ramai menerima dan melaksanakan ideanya. Dalam kata lain, seorang usahawan sosial mestilah berupaya menyakin dan mengembelingkan seramai mungkin tenaga agen perubahan tempatan untuk sama-sama melaksana dan mencapai matlamat menangani isu-isu sosial dalam sesebuah masyarakat. 

Diantara usahawan sosial yang terkenal adalah Mary Montessori dari Itali yang telah mengilhamkan pendekatan Montessori dalam pendidikan kanak-kanak pra sekolah. Di India pula terdapat uVinoba Bhave yang telah berjaya membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah dengan mengagihkan hampir tujuh juta ekar tanah.  Beliau adalah pelopor Land Gift Movement. 

Dalam usaha pembangunan belia di Malaysia, kita dapati banyak pendekatan perlu diolah semula untuk menjadikannya lebih inovatif, menarik dan pragmatik kepada situasi sekarang dan juga citra diri generasi muda dalam era globalisasi sekarang ini. Ada ketikanya kita sering kali mengulangi apa yang telah kita lakukan sejak bertahun-tahun tanpa banyak mempersoalkan keberkesanan pendekatan pembangunan belia yang kita laksanakan. Kita akui bahawa tidak semua pemimpin sosial dengan sendirinya boleh menjadi usahawan sosial.
Usahawan sosial perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang bersifat pragmatik dan inovatif.  Sudah sampai masanya dalam usaha kita menangani pelbagai masalah generasi muda kita bagi menggalakkan kelahiran usahawan sosial untuk memberikan nafas baru dalam pendekatan pembangunan belia. 
Pendekatan pembangunan belia melalui keusahawanan sosial akan lebih mantap kerana ia akan dibimbing dan dilaksanakan oleh usahawan sosial yang seharusnya mempunyai ciri berikut:
·        memilih misi untuk mewujud dan mengekalkan nilai sosial
·        mengiktiraf dan sentiasa mencari peluang baru untuk mencapai misinya
·        berterusan terlibat dalam proses inovasi, adopsi dan pembelajaran
·        melaksanakan secara berani tanpa had dengan sumber yang terhad dan sedia ada
·    menunjukkan kebertanggungjawaban yang tinggi kepada mereka yang mendapat khidmatnya dan juga kepada pencapaian misinya. Perlaksanaan program pembangunan belia memerlukan ciri-ciri input usahawan sosial.

Program tersebut memerlukan pendekatan yang inovatif yang mana kita perlu mencari pendekatan seterusnya membangunkan model pembelajaran yang baru.  Jika tidak pun, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang benar-benar baru. Yang perlu kita dapat menyesuaikan pendekataan dan misi kita dengan situasi baru agar ia menjadi relevan pada situasi masa kini. Memanglah dalam setiap usaha baru akan ada unsur kegagalan.  


Kebanyakan daripada kita akan mengulangi yang lama dan takut berubah kerana kita takut pada kegagalan. Usahawan sosial seperti usahawan lain tidak takut gagal, mereka akan terus mencuba kerana kegagalan pada usahawan bukanlah satu tragedi tetapi adalah satu usaha pembelajaran. Usahawan sosial menilai prestasinya berdasarkan kemajuan yang dicapai dari aspek sosial dan pengurusannya tidak semata-mata kepada proses dan sains sesuatu program yang dilaksanakan.







Peranan keusahawanan


Sumbangan keusahawanan


Usahawan merupakan peneraju ekonomi Negara. Mereka memainkan perananyang sangat penting terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Sumbangan usahawan amat penting dalam usaha wewujudkan masyarakat yang makmur.
Sumbanagn keusahawanan dari segi mikro
Sumbangan usahawandalam aspek ini ialah mereka dianggap sebagai sumber atau pencetus idea baru dalam pra-penubuhan, semasa dan selepas penubuhan firma. Idea yang dijana tidak semestinyaasli, namun dapat menggalakkan penghasilan produk atau perkhidmatan yang baru.Penghasilan produk atau perkhidmatan baru ini dapat menambahkan nilai barangan atau perkhidmatan tersebut. 
Selain itu, usahawan yang melihatkan masalah yang wujud sebagai peluang idea perniagaan juga mempunyai sumbangan. Dengan wujudnya peluang dan idea baru,usahawan akan melaksanakan perancangan. Perancangan mengenai struktur perniagaan, penyelidikan dan penghasilan produk atau perkhidmatan baru akan dijalankan. Misalnya,apabila berlaku jerebu yang menjejaskan kualiti udara dan sistem pernafasan, usahawanakan menyelidik dan menghasilkan topeng mulut bagi masyarakat. Dengan ini, topengmulut merupakan produk baru hasil daripada masalah yang wujud di persekitaran selarasdengan perancangan yang teliti sebelum penghasilan produk baru. Oleh hal yangdemikian, sumbangan usahawan mewujudkan peluang perniagaan baru dari sudut mikrotidak boleh dinafikan.
Sumbangan dari segi aspek makro
Usahawan telah memberikan sumbangan yang amat besar dan penting kepadamasyarakat dan negara kita. Antara sumbangan usahawan ialah mewujudkan peluang pekerjaan. Usahawan biasanya terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, perkhidmatan, perindustrian dan sebagainya. Dengan ini, banyak peluang pekerjaan disediakan untuk masyarakat tempatan.
Di samping itu, usahawan juga dapat menyumbang terhadap pembangunan ekonominegara. Usahawan menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dan apabila sektor – sektor seperti perlombongan, pertanian dan perindustrian diaktifkan, ekonomi negara akanmenjadi lebih mantap. Hal ini kerana sumber – sumber alam semula jadi akan diusahakandan dapat merangsang ekonomi negara. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jugaakan mengalami pertumbuhan.
Sumbangan usahawan dari sudut makro yang lain ialah memenuhi keperluan danmenambahkan pilihan barangan dalam pasaran. Masyarakat kita mempunyai keperluandan kehendak yang perlu dipenuhi. Usahawan akan menghasilkan produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Usahawantelah menghasilkan pelbagai jenis barang keperluan asas seperti makanan, rumah, pakaian dan sebagainya dengan banyak variasi. Masyarakat akan mempunyai lebih banyak pilihan terhadap barangan asas. Barang mewah yang berteknologi tinggi dan berinovasi seperti kereta, komputer, televisyen dan kamera turut dihasilkan olehusahawan yang kreatif. Oleh itu, usahawan dapat memenuhi keperluan dan juga memberikepuasan yang maksimum kepada masyarakat.

Kesimpulannya, usahawan sememnagnya memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan dan kemajuan negara. Usahawan dari sudut mikro, telah menekankanhubungan antara usahawan dan penubuhan syarikat serta penghasilan produk. Dari aspek makro pula, sumbangan usahawan kepada kemajuan ekonomi dan negara adalah sangat besar. Usahawan yang berjaya seperti Dato Robert Kuok turut memberi inspirasi kepadausahawan muda yang lain untuk terus memberi sumbangan terhadap masyarakat dannegara serta menjadi peneraju ekonomi Malaysia pada masa depan.

Saturday, 27 September 2014

Usahawan berjaya di Malaysia!!!

Latar Belakang

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

            Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ialah seorang usahawan berjaya di Malaysia. Beliau berusia 35 tahun dan berlahir pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai,Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau adalah anak keempat daripada enam adik beradik. Beliau berpendidikan Diploma Pengurusan perniaagan Kolej Sunway(1994). Kini, beliau berjawatan Pengarah urusan Sani United Sdn Bhd(Sani Express Sdn bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd). 
            Pada usia 33 tahun anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang member pulangan jutaan ringgit,bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian, memandu kereta Ferrari F360 Modena dan mendiami banglo mewah.

Pembangunan Perniagaan

            Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani. Kejayaan beliau kini adalah suatu impian di luar jangkaan. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan ingin berubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
            Selama beberapa tahun beliau menceburi dalam bidang hiburan. Nmaun, beliau tidak ada apa-apa kemajuan dalam bidang tersebut. Datuk Shariffudin beliau iaitu rakan sebaya dijadikan inspirasi untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau meletakkan tekad untuk berubah tahap kehidupanya dengan berniaga sendiri.
            Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan pelbagai cabaran getir yang terpaksa ditembuhi dan perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada tahun 2003, Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.
            Beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspress yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.
            Sani membuktikan jalan dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri.

Sebab memilih Datuk Wan Muhammad Sani Salleh

             Sebab utama saya memilih Sani adalah minat dan juga sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa sahaja. Walaupun beliau mempunyai pendidikan rendah, namun beliau masih meningkatkan ilmu pengetahuaanya dengan bertanya pengalaman yang tinngi. Berikut merupakan antara sifat uasahawan yang kini berjaya dalam kehidupannya.
            Selain itu, beliau mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat daripada kerani kaunter sehinggalah Ketua Pegawai Eksekutif(CEO). Beliau membuat tersebut kerana fungsi setiap jawatan dan sikap kemesraan kakitangan adalah sangat penting untuk operasi syarikatnya. 
            Seterusnya beliau juga merupakan seorang yang bekerja keras. Belaiu tidak mengira siang atau malam, namun hanya memberi fokus dalam perniagaanya. Setiap kegagalan beliau menghadapi dengan cabar dan tidak berputus asa dan kini beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. 


Usahawan yang berjaya di Malaysia

Latar Belakang

T.Ananda Krishnan

T. Ananda Krishnan merupakan usahawan ke-2 terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia. Nama sebenarnya adalah Tatparanandam Ananda Krishnan. Beliau berumur 75 tahun dan dilahirkan di Brickfields, KL pada 1hb April, 1938. Beliau merupakan bekas pelajar Harvard University dalam jurusan MBA. Sebelum itu, beliau belajar Sains Politik di Australia. Sekolah awalnya adalah di Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields.
            Beliau mempunyai 3 orang anak hasil daripada dua perkahwinan. Dua orang dari perkahwinan pertamanya dan seorang dari perkahwinan kedua. Anak lelakinya Ven Ajahn Siripanyo, tidak mahu terlibat dalam perniagaan bapanya dan lebih senang menjadi seorang sami Buddha di Thailand. Anak perempuanya pula tinggal di UK dan merupakan seorang doktor. Dia juga tidak berminat dengan perniagaan bapanya. Seorang lagi anak perempuanya pula dikhabarkan seorang mengahabiskan masa bersosial di Eropah dan tidak berminat dengan perniagaan bapanya.

Pembangunan perniagaan

            Pada awalnya Ananda Krishnan terlibat dalam kegiatan perdagangan minyak dengan menggunakan syarikatnya MAI Holding Sdn bhd. Dengan terlibat dalam kegiatan tersebut, beliau menguasai industri perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenaga. Beliau tidak pernah muncul di tempat awam dan biliau juga tidak pernah terlibat dalam semua urusan perniagaanya dan tidak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat agung syarikat kepunyaanya.
            Syarikat utama di Bursa Saham adalah Astro, Maxis dan Bumi Armada. Sebagai usahawan beliau telah mengahadapi pelbagai kegagalan untuk menikmati kejayaanya. Namun, kejayaanya jauh lebih banyak daripada kegagalan.      

 Sebab memilih T.Ananda Krishnan

            Kita boleh melihat sifat kawalan fokus dalaman terhadap T.Ananda Krishnan. Beliau percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri sendiri. Tambahan pula, kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri dan boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang lakukan.
            Beliau juga seorang yang mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi. Beliau telah mempunyai keyakinan diri yang tinggi atas kebolehan beliau untuk mencapai kejayaan. Dengan optimistic yang tinggi, walaupun beliau gagal berkali-kali namun akhirnya menjadi seorang usahawanyang berjaya.

            Seterusnya, beliau sanggup meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Beliau dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam perniaganya sama ada berjaya atau gagal. Hal ini telah menjadi faktor utama untuk beliau terus berjaya dalam perniagaanya.

Usahawan berjaya di Malaysia

Latar Belakang


Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes (Air Asia)

            Tan Sri Dato’Sri Dr. Tony Fernandes adalah usahawan Berjaya yang terkenal di Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Tan Sri Anthony Francis Fernandes dan lahir pada 30 april 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama Dr.Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.
            Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis para peniaga Tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau melanjutkan persekolahan di England pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada tahun 1987. Selapas pengajian, beliau mula bekerja di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai controller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.
            Beliau juga dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music(Malaysia)Sdn.Bhd selepas pulang ke Malaysia. Beliau bertugas dari 1992 sehingga 2001 dan akhirnya beliau memegang jawatan vice presiden kumpulan bagi kawasan Asia Tenggara. Fernandes meningalkan untuk mengejar impianya untuk memulakan satu syarikat penerbangan bajet tanpa perkhidmatan lebih. Walaubagaimanpun, permohonannya untuk mendapatkan lessen daripada kerajaan Malaysia telah ditolak. Kini, beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Air Asia Berhad dan pengasas Tune group Sdn.Bhd.

Pembangunan Perniagaan

            Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjual kepada pelabur-pelabur tanpa kejayaan. Pada masa itu, Dr.Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli Syarikat penerbanganya yang sedia ada baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga RM1. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai 2 buah kapal terbang Boeing dan hutang sebanyak RM 40 juta.

Peristiwa pembelian itu adalah tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penarbangan perdagangan dan tiada ramai orang pada masa itu tidak berani lagi menaiki kapal terbang. Ada juga berpendapat bahawa syarikat tersebut akan mengalami muflis. Walaubagaimanapun AirAsia mampu menjelaskan segala hutangnya dalam tempoh setahun.
Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industry penerbangan serantau. AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.

Sebab memilih Tan Sri Dato’Sri Dr. Tony Fernandes

            Antara sebab utama saya memilih Tan Sri Dato’Sri Dr. Tony Fernandes ialah keyakinan kendiri. Beliau merupakan individu yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam keupayaan dan kemahiranya sendiri. Walaupun ramai orang percaya bahawa beliau akan menjadi muflis, namun beliau berjaya menjelaskan segala hutangnya dalam setahun dan kini menjadi inspirasi kepada genarasi muda sekarang. Kita mendapat pengajaran daripada usaha yang bersungguh-sungguh.  
            Faktor kedua saya memilih Tan Sri Tony Fernandes adalah mengorganisasi dan menyusun konsep perniagaan dengan lebih terancang. Beliau telah mengorganisasi operasi perniagaan dengan cara-cara sesuai dan berkesan untuk mengerakkan tenag-tenaga di dalam organisasi serta mendapatkan sokongan masyarakat. Disamping itu, dengan ini, beliau mencapaian impianya ke arah kejayaanya.

            Seterusnya, beliau juga merupakan bijak mengambil kesempatan. Apabila Tun Dr. Mahathir menasihati membeli syarikat penerbanganya, beliau menggunakan peluang tersebut dengan membeli dan akhirnya berjaya. Ini menjadi ikhtibar pada kita bahawa kita harus menggunakan peluang dan menunjukkan kebakatan diri sendiri pada masa yang betul.

Usahawan yang berjaya di Malaysia!!!

Latar belakang


Datuk Dr Ang Bon Beng (NISSAN)

            Datuk Dr Ang Bon Beng merupakan salah satu orang yang paling terkenal dan dihormati dalam industri automatif tempatan pada hari ini. Beliau lahir pada 17 Mac 1949 dan 64 tahun. Beliau adalah anak sulung kepada 10 adik beradik. Kehidupan Datuk Dr Ang Bon Beng pada zaman kanak-kanak bukanlah senang seperti dijangka. Ayahnya seorang pemandu teksi ayah dan ibunya pula suri rumah tangga. Kehidupan beliau ketika itu adalah mengharap pada pendapat ayahnya sahaja sehingga terpaksa hidup dengan hanya memakan biskut dan air.
Beliau telah berkahwin dan mempunyai 4 anak dan 2 orang cucu. Beliau berpendidikan PhD in Business Administration, University of Honolulu (Hawaii),USA. Kerjaya beliau adalah Executive Director for Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd and sits on the board of various subsidiaries of Tan Chong Motor Group. Hobi beliau adalah mendengar muzik Buddhist. Kepala Batas adalah tempat  yang paling kegemaran beliau dan Char kuey teow dengan telur itik dan loh mee dengan cuka adalah makanan kegemaran beliau.
Falsafah kehidupan beliau adalah percaya,melakukan dan menyampaikan. Bapa beliau iaitu Tan Sri Tan Yuet Foh(bekas pengasas syarikat)  merupakan inspirasi  untuk menerapkan nilai-nilai yang betul dan bermotivasi ke arah kejayaan beliau. Tambahan pula, Datuk Tan Heng Chew juga berperanan menyediakan beliau dalam dunia corporate.

Pembanguanan Perniagaan
            Selepas menamatkan Tingkatan Lima, Ang mula memandu teksi bapanya untuk membantu menyara keluarnya. Pada tahun 1970, rakan Ang yang bekerja sebagai jurujual dengan Tan Chong Group Motor telah mempelawanya untuk menyertai rakannya. Pada masa itu, syarikat itu ingin memperluaskan ekonomi di Pulau Pinang. Dengan harapan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk dirinya sendiri dan keluarganya, beliau menerima pelawaan rakanya. 
            Ang telah dinaikkan pangkat ke pengurus jualan pada tahun 1981. Pada tahun berikutnya, beliau telah ditugaskan ke Kuching, Sarawak dan dilantik sebagai pengurus cawangan. Pada tahun 1989, beliau dilantik sebagai pengurus di negeri sebelah utara, menyelia cawangan dan wakil jualan di dalam Pulau Pinang dan Kedah.
            Ang akhirnya menjadi pengarah jualan pada tahun 2001. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Sebab saya memilih Datuk Dr Ang Bon Beng
            Sebab utama saya memilih beliau adalah beliau merupakan seorang yang bijak mengambil peluang.  Seorang usahan adalah perlu pandai mengenal pasti peluang. Beliau sentiasa bersempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaanya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakanya adalah kualiti penting seseorang usahawan Berjaya. Kita boleh melihat sifat tersebut pada Datuk Dr.Ang Bon Beng.
            Seterusnya, beliau juga merupakan seorang yang lebih bertenaga. Biasanya, usahawan adalah seorang yang lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang. Beliau juga adalah usahawan yang lebih bertenaga untuk menanggung beban yang besar dan tekanan yang  dihadapi. Tenaga tersebut  juga faktor utama untuk membolehkan menerus perniagaannya. 
            Selain itu, beliau juga seorang pengurus yang berkemahiran. Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaa. Beliau juga seorang yang mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.




Evolusi Keusahawanan

EVOLUSI KEUSAHAWANAN


Definisi Usahawan dan  Keusahawanan

Perkataan “entrepreneur” adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Peranchis “ entreprendre” yang bermaksud memikul atau mencuba. Manakala perkataan usahwan dalam bahasa Malaysia sebenarnya berasal dari perkataan “usaha”. Usaha bermakna daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.
Menurut Schumpeter(1934), keusahawanan didefinisikan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejateraan organisasi sendiri. Beliau juga menyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang menbangunkan teknologi yang belum pernah dicuba. Manakala Cole(1969) mentakrifkan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan.
Dari segi pandangan Kirzner(1979) usahawan adalah individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang- peluang perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya. Beliau juga menyatakan bahawa usahawan akan mengambil tindakan imaginative, kreatif dan inovatif. Di samping itu, Kuratko & Hodgetts(2004) telah menyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang memikul tanggungjawab untuk mengorganisasi, mengurus dan bersedia menanggung risiko.Stevenson and Jarillo(2005) mendifinasikan bahawa kesediaan individu untuk merebut peluang tanpa mengambil kira sumber yang ada dalam kawalnya.
Menurut histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyadiakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dan usaha dengan mengambil risiko kewangan, psikologi dan sosial.
Secara ringkasnya, ramai lagi tokoh keusahawanan seperti McClellend(1961), Drucker(1985), Gartner(1989) dan Say(1816) mempunyai maksud dan pandangan sendiri tentang konsep keusahawanan.

 Evolusi keusahawanan

            Perkataan usahawan mula jadi sebutan di Malaysia pada 1970 iaitu semasa dasar ekonomi baru. Pada zaman ini, usahawan hanya mengejar kekayaan bukan pembangunan industri.
            Pada zaman awalan, kebanyakan usahawan terdiri daripada saudagar yang juga menjadi pengembara. Macro Polo merupakan seorang saudagar yang memperkanalkan go-between. Dengan ini, beliau cuba memulakan pelayaran dan perdagangan ke timur tengah. Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan Kapitalis yang merupakan penanggung risiko yang pasif dan pedagang yang berlayar adalah berperanan aktif dalam urusan perdagangan. Keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang setelah menjual barangan.
            Pada zama pertengahan, usahawan merupakan individu yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Mereka juga mengawal projek dengan menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Pada zaman ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko kerana usahawan merupakan individu yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.
            Pada abad ke-17, terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah orang yang menandatangani kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu, kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahwan. Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah usahawan. Pada pandangan beliau, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga yang tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.
            Pada abad ke-18, usahawan dipisahkan daripada pembekal capital( pemodal). Pemberi modal yang membawa maksud sebagai menyumbang modal dari segi kewangan kepada sesuatu perniagaan. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan industry & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Eli Whitney dan Thomas Edison adalah contoh pengguna kapaital dan bukanya pembekal modal.
Pada abad ke-19 & ke-20, usahawan jarang sekali dibezakan daripda pengurus dan mereka banyak dilihat dari perspektif ekonomi. Secara ringkasnya, usahawan mengendalikan perniagaanya untuk keuntungan sendiri, menggunakan inisiatif sendiri dan kemahiran serta kebijaksannan untuk perniagannya, dan menanggung semua kerugian atau keuntungan akibat keadaan yang tidak pasti. pada zaman ini, usahawan dilihat sebagai seseorang yang memperkenalkan sesuatu yang baharu atau pencipta yang membawa kepada perubahan. Pada zaman ini juga, usahawan telah dianggap sebagai agen yang membawa kepada perubahan kerana mereka melaksanakan penciptaan produk baharu, proses atau sistem. Sebagai contoh, inovasi ialah satu tindakan memperkenalkan sesuatu yang baharu dan salah satu tugas yang paling sukar dalam bidang keusahwanan.
            Pada abad ke- 21, usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan abad ini akan menghadapi  kompleksiti dan kepelbagaian adalah antara isu yang akan mencabar kebolehan usahawan untuk menguruskan perniagaanya. Keusahawanan abad ini, sudah semestinya akan lebih mencabar kerana teknologinya yang semaikin canggih yang menjadi lebih sengit dan masalah dan tuntutan pekerja yang semaikin kompleks.   
  
EVOLUSI KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Evolusi keusahawanan pada zaman pra sejarah dan sekarang

           Pada awal zaman Kesultanan Melaka, penduduk tempatan bururusniaga dengan pedang asing. Semasa British mula memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Hal ini menyebakan kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan sektor pertanian, kaum Cina pula, bekerja dilombong dan berniaga, dan kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih berhadapan dalam soal perniagaa berbanding dengan kaum lain.
            Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menyedari tentang kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan keamanan Negara. Dasar Ekonomi Baru(1971-1990), Dasar Pembangunan Negara(1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan member sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

           
Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembanguanan Negara. Pada tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunan keusahawanan Di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Usahawan pada masa hadapan


Usahawan harus bersedia mengikut rentak ekonomi masa kini, jika para usahawan itu ingin mendahului pesaing pada masa depan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran sahaja akan menentukan survival usahawan dalam dunia perniagaan pada alaf millennium kini. Seharusnya para usahawan bersedia selengkapnya dalam menghadapi perubahan dunia perniagaan yang memasuki era globalisasi di samping perubahan daripada peningkatan dalam industry yang rata-rata berasaskan teknologi maklumat. Semakin hari semakin banyak produk melimpahi pasaran, jadi pengeluar berhendakkan suatu pendekatan yang tangkas bagi memenuhi pasaran yang lebih specifik. Selaku usahawan, dengan keupayaan maklumat di hujung jari, para usahawan wajar memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) yang ada untuk membuat pilihan yang terbaik dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan. Para usahawan juga harus melengakapkan diri bagi menghadapi kemunculan teknologi ICT. Boleh disimpulkan bahawa pada masa kini, para usahawan yang bijak bukan sahaja beerti mereka cekap dalam mengurus tadbir perbelanjaan masing-masing tetapi mereka juga merupakan pengurus bekmaklumat yang tahu menggunakan teknilogi ICT dalam meningkatkan kecekapan dan keupayaan membuat keputusan selaku usahawan yang Berjaya.