ARTIKEL TENTANG USAHAWAN SOSIAL
.jpg)
Usahawan sosial adalah individu yang
mempunyai penyelesaian inovatif atau innovative
solution kepada masalah
sosial yang yang sedang dihadapi oleh masyaratnya.
Seorang usahawan adalah individu yang merangsangkan kemajuan ekonomi dengan mencari
cara baru atau cara yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu. Seperti juga usahawan yang
mengubah sesuatu perniagaan melalui kemahiran berniaganya, usahawan sosial
bertindak sebagai agen perubahan kepada masyarakatnya.
Seseorang usahawan sosial akan mengambil
apa juga peluang dan kesempatan
yang terbuka, yang mana tidak disedari oleh orang lain, untuk memperbaiki
sistem masyarakat, mengilhamkan pendekatan baru dan juga memikirkan cara
penyelesaian yang baru untuk memperbaiki lagi masyarakat disekelilingnya. Jika
seorang usahawan perniagaan berjaya membuka satu perniagaana baru, seorang
usahawan sosial akan memikirkan satu penyelesaian baru kepada sesuatu masalah
sosial dan melaksanakannya bagi memperbaiki lagi keadaan masyarakatnya.
Usahawan sosial mempunyai misi sosial.
Kekayaan atau keuntungan bukan misi usahawan sosial. Disebaliknya usahawan
sosial akan lebih mementingkan pencapaian dan impak misi
sosialnya. Seorang usahawan sosial harus menyampaikan ideanya secara
mesra, mudah difahami, beretika dan mendapat sokongan ramai untuk
membolehkannya mengerakkan sebanyak mungkin orang ramai menerima dan
melaksanakan ideanya. Dalam kata lain, seorang usahawan sosial mestilah
berupaya menyakin dan mengembelingkan seramai mungkin tenaga agen perubahan
tempatan untuk sama-sama melaksana dan mencapai matlamat menangani isu-isu
sosial dalam sesebuah masyarakat.
Diantara usahawan sosial yang terkenal
adalah Mary Montessori dari Itali yang telah mengilhamkan pendekatan Montessori
dalam pendidikan kanak-kanak pra sekolah. Di India pula terdapat uVinoba Bhave
yang telah berjaya membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah dengan
mengagihkan hampir tujuh juta ekar tanah. Beliau adalah pelopor Land Gift Movement.
Dalam usaha pembangunan belia di Malaysia,
kita dapati banyak pendekatan perlu diolah semula untuk menjadikannya lebih
inovatif, menarik dan pragmatik kepada situasi sekarang dan juga citra diri
generasi muda dalam era globalisasi sekarang ini. Ada ketikanya kita sering
kali mengulangi apa yang telah kita lakukan sejak bertahun-tahun tanpa banyak
mempersoalkan keberkesanan pendekatan pembangunan belia yang kita
laksanakan. Kita akui bahawa tidak semua pemimpin sosial dengan sendirinya
boleh menjadi usahawan sosial.
Usahawan sosial perlu mempunyai ciri-ciri
tertentu yang bersifat pragmatik dan inovatif. Sudah sampai masanya dalam usaha kita
menangani pelbagai masalah generasi muda kita bagi menggalakkan kelahiran
usahawan sosial untuk memberikan nafas baru dalam pendekatan pembangunan
belia.
Pendekatan pembangunan belia melalui
keusahawanan sosial akan lebih mantap kerana ia akan dibimbing dan dilaksanakan
oleh usahawan sosial yang seharusnya mempunyai ciri berikut:
· memilih misi untuk mewujud dan
mengekalkan nilai sosial
· mengiktiraf dan sentiasa mencari
peluang baru untuk mencapai misinya
· berterusan terlibat dalam proses
inovasi, adopsi dan pembelajaran
· melaksanakan secara berani tanpa had
dengan sumber yang terhad dan sedia ada
· menunjukkan kebertanggungjawaban yang
tinggi kepada mereka yang mendapat khidmatnya dan juga kepada pencapaian
misinya. Perlaksanaan program pembangunan belia memerlukan ciri-ciri input
usahawan sosial.
Program tersebut memerlukan pendekatan
yang inovatif yang mana kita perlu mencari pendekatan seterusnya membangunkan
model pembelajaran yang baru. Jika
tidak pun, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang benar-benar baru. Yang perlu kita dapat menyesuaikan
pendekataan dan misi kita dengan situasi baru agar ia menjadi relevan pada
situasi masa kini. Memanglah dalam setiap usaha baru akan ada unsur
kegagalan.
Kebanyakan daripada kita akan mengulangi
yang lama dan takut berubah kerana kita takut pada kegagalan. Usahawan sosial
seperti usahawan lain tidak takut gagal, mereka akan terus mencuba kerana
kegagalan pada usahawan bukanlah satu tragedi tetapi adalah satu usaha
pembelajaran. Usahawan sosial menilai prestasinya berdasarkan kemajuan yang
dicapai dari aspek sosial dan pengurusannya tidak semata-mata kepada proses dan
sains sesuatu program yang dilaksanakan.
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment