Latar Belakang
T.Ananda
Krishnan
T.
Ananda Krishnan merupakan usahawan ke-2 terkaya di Malaysia serta yang ke-138
di dunia. Nama sebenarnya adalah Tatparanandam Ananda Krishnan. Beliau berumur 75
tahun dan dilahirkan di Brickfields, KL pada 1hb April, 1938. Beliau merupakan
bekas pelajar Harvard University dalam jurusan MBA. Sebelum itu, beliau belajar
Sains Politik di Australia. Sekolah awalnya adalah di Sekolah Tamil
Vivekananda, Brickfields.
Beliau mempunyai 3 orang anak hasil
daripada dua perkahwinan. Dua orang dari perkahwinan pertamanya dan seorang
dari perkahwinan kedua. Anak lelakinya Ven Ajahn Siripanyo, tidak mahu terlibat
dalam perniagaan bapanya dan lebih senang menjadi seorang sami Buddha di
Thailand. Anak perempuanya pula tinggal di UK dan merupakan seorang doktor. Dia
juga tidak berminat dengan perniagaan bapanya. Seorang lagi anak perempuanya
pula dikhabarkan seorang mengahabiskan masa bersosial di Eropah dan tidak
berminat dengan perniagaan bapanya.
Pembangunan
perniagaan
Pada awalnya Ananda Krishnan
terlibat dalam kegiatan perdagangan minyak dengan menggunakan syarikatnya MAI
Holding Sdn bhd. Dengan terlibat dalam kegiatan tersebut, beliau menguasai
industri perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenaga. Beliau tidak pernah
muncul di tempat awam dan biliau juga tidak pernah terlibat dalam semua urusan
perniagaanya dan tidak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat agung syarikat
kepunyaanya.
Syarikat utama di Bursa Saham adalah
Astro, Maxis dan Bumi Armada. Sebagai usahawan beliau telah mengahadapi
pelbagai kegagalan untuk menikmati kejayaanya. Namun, kejayaanya jauh lebih
banyak daripada kegagalan.
Sebab
memilih T.Ananda Krishnan
Kita boleh melihat sifat kawalan fokus
dalaman terhadap T.Ananda Krishnan. Beliau percaya kejayaan atau kegagalan
sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri sendiri. Tambahan pula, kemajuan
dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri dan boleh
mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang lakukan.
Beliau juga seorang yang mempunyai
keyakinan dan optimistik yang tinggi. Beliau telah mempunyai keyakinan diri
yang tinggi atas kebolehan beliau untuk mencapai kejayaan. Dengan optimistic
yang tinggi, walaupun beliau gagal berkali-kali namun akhirnya menjadi seorang
usahawanyang berjaya.
Seterusnya, beliau sanggup
meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Beliau dilihat sebagai
orang yang bertanggungjawab di dalam perniaganya sama ada berjaya atau gagal.
Hal ini telah menjadi faktor utama untuk beliau terus berjaya dalam
perniagaanya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment