EVOLUSI KEUSAHAWANAN
Definisi Usahawan dan Keusahawanan
Perkataan “entrepreneur” adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Peranchis “ entreprendre” yang bermaksud memikul atau mencuba. Manakala perkataan usahwan dalam bahasa Malaysia sebenarnya berasal dari perkataan “usaha”. Usaha bermakna daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.
Menurut Schumpeter(1934), keusahawanan didefinisikan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejateraan organisasi sendiri. Beliau juga menyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang menbangunkan teknologi yang belum pernah dicuba. Manakala Cole(1969) mentakrifkan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan.
Dari segi pandangan Kirzner(1979) usahawan adalah individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang- peluang perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya. Beliau juga menyatakan bahawa usahawan akan mengambil tindakan imaginative, kreatif dan inovatif. Di samping itu, Kuratko & Hodgetts(2004) telah menyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang memikul tanggungjawab untuk mengorganisasi, mengurus dan bersedia menanggung risiko.Stevenson and Jarillo(2005) mendifinasikan bahawa kesediaan individu untuk merebut peluang tanpa mengambil kira sumber yang ada dalam kawalnya.
Menurut histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyadiakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dan usaha dengan mengambil risiko kewangan, psikologi dan sosial.
Secara ringkasnya, ramai lagi tokoh keusahawanan seperti McClellend(1961), Drucker(1985), Gartner(1989) dan Say(1816) mempunyai maksud dan pandangan sendiri tentang konsep keusahawanan.
Evolusi keusahawanan
Perkataan usahawan mula jadi sebutan di Malaysia pada 1970 iaitu semasa dasar ekonomi baru. Pada zaman ini, usahawan hanya mengejar kekayaan bukan pembangunan industri.
Pada zaman awalan, kebanyakan usahawan terdiri daripada saudagar yang juga menjadi pengembara. Macro Polo merupakan seorang saudagar yang memperkanalkan go-between. Dengan ini, beliau cuba memulakan pelayaran dan perdagangan ke timur tengah. Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan Kapitalis yang merupakan penanggung risiko yang pasif dan pedagang yang berlayar adalah berperanan aktif dalam urusan perdagangan. Keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang setelah menjual barangan.
Pada zama pertengahan, usahawan merupakan individu yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Mereka juga mengawal projek dengan menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Pada zaman ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko kerana usahawan merupakan individu yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.
Pada abad ke-17, terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah orang yang menandatangani kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu, kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahwan. Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah usahawan. Pada pandangan beliau, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga yang tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.
Pada abad ke-18, usahawan dipisahkan daripada pembekal capital( pemodal). Pemberi modal yang membawa maksud sebagai menyumbang modal dari segi kewangan kepada sesuatu perniagaan. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan industry & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Eli Whitney dan Thomas Edison adalah contoh pengguna kapaital dan bukanya pembekal modal.
Pada abad ke-19 & ke-20, usahawan jarang sekali dibezakan daripda pengurus dan mereka banyak dilihat dari perspektif ekonomi. Secara ringkasnya, usahawan mengendalikan perniagaanya untuk keuntungan sendiri, menggunakan inisiatif sendiri dan kemahiran serta kebijaksannan untuk perniagannya, dan menanggung semua kerugian atau keuntungan akibat keadaan yang tidak pasti. pada zaman ini, usahawan dilihat sebagai seseorang yang memperkenalkan sesuatu yang baharu atau pencipta yang membawa kepada perubahan. Pada zaman ini juga, usahawan telah dianggap sebagai agen yang membawa kepada perubahan kerana mereka melaksanakan penciptaan produk baharu, proses atau sistem. Sebagai contoh, inovasi ialah satu tindakan memperkenalkan sesuatu yang baharu dan salah satu tugas yang paling sukar dalam bidang keusahwanan.
Pada abad ke- 21, usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan abad ini akan menghadapi kompleksiti dan kepelbagaian adalah antara isu yang akan mencabar kebolehan usahawan untuk menguruskan perniagaanya. Keusahawanan abad ini, sudah semestinya akan lebih mencabar kerana teknologinya yang semaikin canggih yang menjadi lebih sengit dan masalah dan tuntutan pekerja yang semaikin kompleks.
EVOLUSI KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA
Evolusi keusahawanan pada zaman pra sejarah dan sekarang
Pada awal zaman Kesultanan Melaka, penduduk tempatan bururusniaga dengan pedang asing. Semasa British mula memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Hal ini menyebakan kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan sektor pertanian, kaum Cina pula, bekerja dilombong dan berniaga, dan kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih berhadapan dalam soal perniagaa berbanding dengan kaum lain.
Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menyedari tentang kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan keamanan Negara. Dasar Ekonomi Baru(1971-1990), Dasar Pembangunan Negara(1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan member sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.
Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembanguanan Negara. Pada tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunan keusahawanan Di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.
Usahawan pada masa hadapan
Usahawan harus bersedia mengikut rentak ekonomi masa kini, jika para usahawan itu ingin mendahului pesaing pada masa depan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran sahaja akan menentukan survival usahawan dalam dunia perniagaan pada alaf millennium kini. Seharusnya para usahawan bersedia selengkapnya dalam menghadapi perubahan dunia perniagaan yang memasuki era globalisasi di samping perubahan daripada peningkatan dalam industry yang rata-rata berasaskan teknologi maklumat. Semakin hari semakin banyak produk melimpahi pasaran, jadi pengeluar berhendakkan suatu pendekatan yang tangkas bagi memenuhi pasaran yang lebih specifik. Selaku usahawan, dengan keupayaan maklumat di hujung jari, para usahawan wajar memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) yang ada untuk membuat pilihan yang terbaik dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan. Para usahawan juga harus melengakapkan diri bagi menghadapi kemunculan teknologi ICT. Boleh disimpulkan bahawa pada masa kini, para usahawan yang bijak bukan sahaja beerti mereka cekap dalam mengurus tadbir perbelanjaan masing-masing tetapi mereka juga merupakan pengurus bekmaklumat yang tahu menggunakan teknilogi ICT dalam meningkatkan kecekapan dan keupayaan membuat keputusan selaku usahawan yang Berjaya.

No comments:
Post a Comment