Latar Belakang
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ialah
seorang usahawan berjaya di Malaysia. Beliau berusia 35 tahun dan berlahir pada
24 Julai 1976 di Kuala Ibai,Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau adalah anak
keempat daripada enam adik beradik. Beliau berpendidikan Diploma Pengurusan
perniaagan Kolej Sunway(1994). Kini, beliau berjawatan Pengarah urusan Sani
United Sdn Bhd(Sani Express Sdn bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn
Bhd).
Pada usia 33 tahun anak muda ini
bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang member pulangan jutaan
ringgit,bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian
serta pengubahsuaian, memandu kereta Ferrari F360 Modena dan mendiami banglo mewah.
Pembangunan Perniagaan
Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra
dengan panggilan Sani. Kejayaan beliau kini adalah suatu impian di luar jangkaan.
Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan ingin berubah kehidupannya ke
tahap lebih baik.
Selama beberapa tahun beliau
menceburi dalam bidang hiburan. Nmaun, beliau tidak ada apa-apa kemajuan dalam
bidang tersebut. Datuk Shariffudin beliau iaitu rakan sebaya dijadikan
inspirasi untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau meletakkan tekad untuk
berubah tahap kehidupanya dengan berniaga sendiri.
Ketika memulakan perniagaan dalam
bidang pengangkutan pelbagai cabaran getir yang terpaksa ditembuhi dan perlu
bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada tahun 2003, Sani
menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Beliau terpaksa
berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada
sesiapa.
Beliau hanya ada seorang pekerja dan
dengan menggunakan segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspress yang
diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan
modal daripada institusi kewangan. Beliau menanggung risiko besar kerana
pinjaman yang dibuat tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.
Sani membuktikan jalan dipilihnya
berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi
luar biasa. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan
sendiri. Pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri.
Sebab
memilih Datuk Wan Muhammad Sani Salleh
Sebab utama saya memilih Sani adalah minat dan
juga sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa sahaja.
Walaupun beliau mempunyai pendidikan rendah, namun beliau masih meningkatkan
ilmu pengetahuaanya dengan bertanya pengalaman yang tinngi. Berikut merupakan
antara sifat uasahawan yang kini berjaya dalam kehidupannya.
Selain itu, beliau mengambil berat
setiap jawatan yang ada di syarikat daripada kerani kaunter sehinggalah Ketua
Pegawai Eksekutif(CEO). Beliau membuat tersebut kerana fungsi setiap jawatan
dan sikap kemesraan kakitangan adalah sangat penting untuk operasi syarikatnya.
Seterusnya beliau juga merupakan
seorang yang bekerja keras. Belaiu tidak mengira siang atau malam, namun hanya
memberi fokus dalam perniagaanya. Setiap kegagalan beliau menghadapi dengan
cabar dan tidak berputus asa dan kini beliau menjadi seorang usahawan yang
berjaya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment