TAN SRI ROBERT KUOK HOCK NIEN
Tan Sri Robert Kuok merupakan
lelaki terkaya di Malaysia serta Asia Tenggara sejak 2002. Beliau juga digelar
raja gula. Anggaran pendapatannya dianggarkan RM46.1 billion sebulan meningkat
dari tahun sebelumnya iaitu RM45.7 billion pada tahun 2012. Beliau bukan sahaja
orang terkaya di Malaysia tetapi juga di iktiraf orang terkaya di asia
tenggara.
Antara perniagaan yang dijalankan
ialah pelbagai perniagaan milik persendirian yang dipegang oleh beliau dan ahli
keluarga. Selain dari pelbagai perniagaan di Malaysia,
syarikat-syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di seluruh Asia.
Pelbagai kepentingan perniagaan beliau dari ladang tebu (Perlis Plantations Bhd),
penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak, perlombongan,
kewangan, hotel, hartanah, perdagangan, pengangkutan dan penerbitan. Sumber
terbesar kekayaan adalah kepentingan dalam Wilmar International, syarikat
minyak sawit tersenarai terbesar di dunia. Beliau adalah seorang pelajar dari
Raffles Institution sekolah.
Latar belakang Tan Sri
Robert Kuok
Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang
pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di
Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan
Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan
tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi
kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di
Johor ketika perang tamat.
Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor.
Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor.
Titik permulaan empayarnya
tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing
Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar
Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia,
Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan.
Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah
milik kerajaan dengan bantuan Felda.
Pada sekitar 1970an, ladangnya
diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia.
Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan
Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan
peringkat tertinggi dengan kerajaan.Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok
untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines(MSA) pada lewat 1960an serta
syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968
( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan
Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di
bidang ekonomi.
Pada 1974, beliau memindahkan operasinya
dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak
yang mengandaikan, langkah ini disebabkan 'wujudnya persaingan sengit di
kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, disamping keperluan memelihara
kepentingan beliau sendiri'.
Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post. Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la. Dari Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola.
Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post. Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la. Dari Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola.
Ketika orang lain teragak-agak,
Kuok memberanikan diri melabur di Negara bergolak seperti Indonesia pada tahun
1960an dan Filipina pada 1980an. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan
kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit sejak empat dekat lalu. Beliau juga
memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong,
Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run
Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang dikatakan
'Rangkaian Bamboo'.
Perkembangan Perniagaan
Tan Sri Robert
Tan Sri Robert Kuok, orang Malaysia yang terkaya, selalu di
rujuk sebagai Sugar King(Raja Gula) tetapi beliau tidak menyukai gelaran ini
dan dan menganggapnya tidak tepat.Sebaliknya beliau yang memiliki empire
perniagaan, termasuk rangkaian Hotel Shangrila, lebih menyukai gelaran Raja
Hotel.‘Saya suka hotel tetapi gelaran jolokan ‘Raja’ untuk saya, itu tidak
tepat.’ beliau berkata ketika di interviu oleh CCTV.Diantara topik yang
dibincangkan termasuklah kegiatan beliau dalam industri pelancongan,
pengeluaran gula dan juga tentang ibu beliau.Kuok menyatakan sewaktu mulai
mencebur diri kedalam industri pelancongan di negara China, kemudahan
pelancongan di sana, terutama tandas, berada dalam keadaan serba kekurangan.
Oleh itu ia tidak mampu menarik para pelancong asing.“Tetapi saya mengagakkan
ketika itu negara China akan menjadi destinasi pelancongan yang hebat kerana
memiliki barangan dan tempat tempat bersejarah yang banyak”. kata Kuok yang
yang membina Hotel Shangrila yang pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan.
Hari ini terdapat 72 buah hotel Shangrila diseluruh dunia,
termasuk 34 buah di negara China. Kini terdapat 45 buah lagi sedang
dibina, termasuk 28 buah di negara China.Kuok berkata perhotelan, sebagai
sebuah industri perkhidmatan bergantung kepada pekerjanya daripada pengurusan
teratas hinggalah kepada pekerja terendah untuk memberi khidmat pelanggan. Oleh
itu sejak memasuki industri ini, beliau sentiasa perihatin kepada keperluan
pekerja.“Tanggungjawab Lembaga Pengarah yang terbesar ialah kepada pekerjanya”,
kata beliau.Ketika disoal sama ada beliau tidak setia kepada sesuatu industri
kerana beroperasi dalam pelbagai industri seperti gula, perhotelan dan media,
beliau menjawab tidak, kerana industri industri ini adalah saling
berkaitan.Sambil mengingati tahun tahun awal dalam alam perniagaan, Kuok
berkata ibu beliau Tang Kak Ji dan saudara saudara beliau telah menubuhkan
syarikat Kuok Brothers Ltd sejurus selepas kematian bapa beliau pada tahun
1948.
Dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah, beliau mencadang
melaburkan semua wang syarikat kedalam projek penapisan gula(sugar refinery).
Ini kerana, selain tepung gandum, gula pasir juga amat penting dalan sektor makanan.“Pasaran
Gula tidak seperti petrokimia dengan permintaan yang tidak menentu. Pada masa
itu industri teknologi maklumat belum lagi bermula. Oleh itu sektor yang paling
mudah untuk meraih keuntungan ialah sektor refining(penpisan) gula”, kata beliau.Beliau juga
berkata bagi mewujudkan empire perniagaan yang berjaya ia memerlukan kerja
keras 90%, dan selebihnya ialah intelek(kebijaksanaan).
Tentang kejayaannya dalam industri penapisan gula, beliau
berkata ini kerana beliau masih muda diwaktu itu dan boleh berbahasa
Inggeris.Beliau berkata, para peniaga yang beliau jumpai di London dan New York
kagum atas kebolehan beliau, sebagai seorang berketurunan Cina, boleh berbahasa
Inggeris dengan baik.Beliau berkata perlu pergi ke lima hingga enam buah
pejabat setiap hari sebelum makan malam dengan pegawai pegawai syarikat untuk
meninjau pendapat mereka sebelum melapor melalui telegram ke Singapura. Beliau
tidur kira kira jam 1 malam Saya rasa ramai orang lebih pintar daripada saya.
Tetapi kegiatan mereka dimalam hari lebih teruk. Keesokan harinya mereka
tertidur dalam pejabat. Saya tidak terlena, jadi lebih mudah meneruskan
kerja.Beliau berkata mereka yang ingin mencebur diri kedalam perniagaan perlu
bersikap berani, jika tidak mereka tidak akan maju.“Setiap
perniagaan ada risikonya, jadi jika anda takut buat sesuatu perniagaan, elok
tinggalkan sahaja. Ini tiada masalah kerana pasti ada peluang yang lebih baik
untuk anda. Tetapi, jika anda langsung tiada sikap berani, anda akan kekal miskin”, kata beliau.Kuok, yang telah
dinobatkan sebagai orang Malaysia yang terkaya sejak tahun 2006 apabila ranking
Forbe Asia diwujudkan, berkata beliau tidak suka pada wang.
Bagaimanapun, beliau berharap syarikat syarikat beliau akan
terus membuat keuntungan semoga pekerja pekerja dapat terus menikmati
bonus.“Bonus pekerja untuk tahun ini adalah pada paras yang cukup baik”, beliau
menambah.Kuok yang fasih berbahasa Mandarin berkata ini kerana beliau
seringkali diingatkan oleh ibunya supaya jangan melupai asal usul mereka.Dia
mengakui ibu beliau sebagai orang yang paling banyak mempengaruhinya. Ibu
beliau selalu menasihati supaya bersifat merendah diri dan membantu yang
miskin, dan berharap beliau akan menjadi peniaga yang beretika baik.
Kuok ingat suatu peristiwa dahulu apabila beliau membeli
sebuah kereta Mercedes sebagai hadiah harijadi ibunya yang sudah berumur
melewati lapan puluhan.Sebaik sahaja ibunya nampak kereta itu, beliau terkejut
dan bertanya mengapa membeli kereta Mercedes apabila sebuah kereta Jepun sudah
cukup untuk beliau. Beliau lantas mengembalikan kereta itu atas permintaan
ibunya.Kuok berkata ibu beliau mengenalpasti potensi beliau sebagai peniaga dan
yakin yang beliau akan berjaya suatu hari nanti. Tetapi ibu beliau bimbang yang
beliau akan menjadi seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab, jadi beliau
banyak memberi nasihat yang berguna serta menghindar sifat tamak.Sudah tentu
ibu Kuok begitu gembira sekali diatas kejayaannya sekiranya beliau masih lagi
hidup. Pasti beliau akan terus menasihat Kuok supaya terus bersifat merendah
diri dan menolong orang miskin.“Kasih sayang saya
kepada ibu adalah untuk selama lamanya” kata beliau.
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment